3

PENDERAAN KANAK-KANAK

A)Fizikal

B)Seksual

C)Pengabaian kanak-kanak

D)Eksploitasi


Fizikal - keganasan secara fizikal dari sesiapa sahaja yang bertanggungjawab melindungi mereka(menyimbah dengan air panas)

Seksual - menjadikan kanak-kanak sebagai hamba seks

Pengabaian kanak-kanak - mengabaikan keperluan harian mereka(pendidikan,makanan)

Eksploitasi - mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri (disuruh mengemis )



Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur 18 tahun. Kanak-kanak ini perlu diberi perlindungan oleh orang-orang yang lebih tua daripada mereka seperti ibu bapa,keluarga dan masyarakat. Perlindungan yang dimaksudkan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 ialah kanak-kanak perlu tinggal dalam komuniti dan persekitaran aman damai disamping keluarga yang menjaga mereka dengan baik. Selain itu, kanak-kanak perlu memperoleh pendidikan yang terbaik serta mendapat makanan yang mencukupi dan berkhasiat tubuh yang dan cergas. Pergaulan sihat seperti bermain dan beriadah disamping rakan-rakan sebaya juga amat digalakkan.







Salah satu punca yang menyebabkan kes-kes penderaan kanak-kanak berlaku disebabkan oleh pengurusan emosi yang tidak stabil. Mereka mendera anak-anak mereka demi melepaskan tekanan yang dihadapi semasa di tempat kerja. Seseorang akan melakukan apa sahaja apabila emosi tidak dapat dikawal, hal ini turut mengakibatkan kes-kes penderaan khususnya terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Seterusnya, punca yang mengakibatkan kes-kes penderaan ialah masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga. Masalah kewangan yang sering menimbulkan masalah dan melanda sesebuah keluarga menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak mereka.







Isu ibu bapa yang terlibat dalam kes penagihan dadah turut mengundang berlakunya penderaan kanak-kanak. Sikap tidak bertimbang rasa dan tidak berperikemanusiaan telah mengajar mereka untuk bertindak lebih agresif disebabkan oleh pengambilan dadah yang melampau. Selain itu, tiadanya pendekatan agama juga mendorong berlakunya penderaan kanak-kanak .Iman yang lemah dan goyah serta kurang perasaan kasih sayang terhadap anak-anak menyebabkan berlakunya perkara seperti ini. Contohnya kekurangan ilmu pengetahuan agama dan ilmu dari aspek-aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek tidak diterapkan dalam diri ibu bapa.

"Perbuatan Kejam Mengundang Bahana" 31 Julai 2010



Bayi yang baru berusia sembilan bulan juga didera? Menggapakah masih ada manusia yang tergamak dan tiada perasaan belas kasihan kepada bayi belum mengenal dunia. Tertuduh iaitu Mohd Azlan Ali,25,berasal dari Parit Jawa,Pontian Johor dan bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat perunding kesihatan telah disabitkan bersalah kerana mendera Nur Ain Natasyah Shafiqah Abdullah di rumah No.14,Jalan M44,Taman Merdeka jam 8.30 malam,Ahad yang lalu. Tindakan kejam ini menyebaabkan anggota-anggota fizikal mangsa cedera. Ironinya,tertuduh dikenakan denda sebanyak RM1000 atau hukuman penjara 18 bulan jika tidak dapat untuk membayar.



"Anak Tiri yang Tidak Berdosa"




Isu kanak-kanak didera lagi? Sering kali isu ini menjadi tatapan orang ramai dan berlegar-legar di ruang media massa. Kita dikejutkan lagi dengan berita seorang kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun mati didera. Siapa yang menderanya? Ternyata peranan sebagai bapa tiri boleh dipertikaikan apabila Lee Swee Hui atau nama manjanya Jasmine meninggal dunia akibat didera dan dipercayai didera seminggu lagi. Tidak dinafikan,pekerjaan bapa tirinya yang merupakan seorang penganggur telah mendorongnya melakukan perbuatan ini. Mungkin disebabkan perasaan marah apabila mendengar tangisan ataupun tertekan dengan keadaan di rumah telah menyebabkan kedua-dua pasangan ini dicekup oleh pihak polis.






NEGERI20022003
2004200520062007
PERLIS
2116
26304427
KEDAH
3963
266610254
P/PINANG130131
154131184216
PERAK
80131
145172147185
SELANGOR412368
474446498816
K/LUMPUR269153
287415435444
N/SEMBILAN4055
67124147171
MELAKA
2465
64263155
JOHOR
115156
12611591163
PAHANG
278
38569146
TERENGGANU2017
33164123
KELANTAN1131
5114819
SABAH
1719
210019
SARAWAK36176
14418918041
LABUAN
11
0000
JUMLAH
1,2421,390
1,6561,8001,9992,279










SUMBER : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2008























JENIS-JENIS KES
PENDERAAN KANAK-KANAK




2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007
Terdampar 70 121 98 26 68 53 63
Diabaikan 303 357 389 563 601 682 761
Fizikal
287 354 410 459 431 495 586
Seksual
251 324 430 529 566 670 754
Emosi
56 32 32 52 77 50 45
Lain-lain

69 54 31 27 57 49 70
JUMLAH
1,036 1,242 1,390 1,656 1,800 1,999 2,279




















SUMBER: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2008































Implikasi penderaan kanak-kanak umumnya dapat dilihat dengan jelas melalui kecederaan pada anggota fizikal mereka. Luka di kepala, badan dan muka akan memberi kesan yang tidak baik khususnya terhadap masa depan mereka apabila meningkat dewasa kelak. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang berlakunya kecacatan fizikal sama ada serius atau tidak. Contohnya anak kepada pengerusi MIC S Karrigalan, 42 telah meninggal dunia akibat didera oleh jirannya pada 3 mac lalu. Selain itu, kerencatan otak juga boleh berlaku akibat hentakan di kepala oleh benda-benda keras.










Penderaan kanak-kanak akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan mental khususnya kepada mangsa itu sendiri. Adakah kita ingin perkara ini terjadi kepada keluarga kita? Tepuk dada tanya iman. Seperti yang kita tahu, isu seumpama ini hanya akan membuatkan kanak-kanak tersebut trauma dan berasa diri tidak disayangi. Kesannya kanak-kanak akan menunjukkan satu perubahan drastik seperti murung, suka menyendiri, atau menjadi lebih pasif.Bukan itu sahaja, ini secara tidak langsung akan membuatkan prestasi pembelajaran mereka merosot. Keadaan ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar menjadi malas dan malu ke sekolah disebabkan kecederaan yang mereka alami sama ada
penderaan itu dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri ataupun pembantu rumah.





Antara langkah untuk mengatasi masalah ini ialah peranan kerajaan. Pihak kerajaan haruslah mengenakan tindakan undang-undang kepada ibu bapa yang mendera anak-anaknya. Hukuman yang akan dikenakan mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.


Selain itu, peranan media massa juga penting bagi mengatasi masalah ini. Media massa seperti televisyen boleh mengiklankan kesan-kesan penderaan kanak-kanak kepada masyarakat supaya dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat di sekeliling.









Tuntasnya, isu penderaan kanak-kanak yang acap kali mengambil tempat di ruang media massa harus dibanteras dengan segera. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan isu terus menular dan bagi menjaga nama baik kita di seantara dunia Adakah kita rela dilabelkan sebagai negara yang penuh dengan kes penderaan? Tepuk dada tanya selera. Oleh itu, peranan semua pihak sam ada secara langsung atau tidak langsung amat diperlukan untuk memastikan isu ini tidak menjadi perhatian masyarakat dan bertujuan untuk mencapai matlamat ke arah wawasan 2020.





















KUMPULAN : F 16

Kanak2 kena dera dengan teruk!

 
Copyright © SOSIAL (JENAYAH)