Sumber : Berita Harian


"Perbuatan Kejam Mengundang Bahana" 31 Julai 2010










Bayi yang baru berusia sembilan bulan juga didera? Menggapakah masih ada manusia yang tergamak dan tiada perasaan belas kasihan kepada bayi belum mengenal dunia. Tertuduh iaitu Mohd Azlan Ali,25,berasal dari Parit Jawa,Pontian Johor dan bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat perunding kesihatan telah disabitkan bersalah kerana mendera Nur Ain Natasyah Shafiqah Abdullah di rumah No.14,Jalan M44,Taman Merdeka jam 8.30 malam,Ahad yang lalu. Tindakan kejam ini menyebaabkan anggota-anggota fizikal mangsa cedera. Ironinya,tertuduh dikenakan denda sebanyak RM1000 @ hukuman penjara 18 bulan jika tidak dapat untuk membayar.


"Anak Tiri yang Tidak Berdosa"


Isu kanak-kanak didera lagi? Sering kali isu ini menjadi tatapan orang ramai dan berlegar-legar di ruang media massa. Kita dikejutkan lagi dengan berita seorang kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun mati didera. Siapa yang menderanya? Ternyata peranan sebagai bapa tiri boleh dipertikaikan apabila Lee Swee Hui atau nama manjanya Jasmine meninggal dunia akibat didera dan dipercayai didera seminggu lagi. Tidak dinafikan,pekerjaan bapa tirinya yang merupakan seorang penganggur telah mendorongnya melakukan perbuatan ini. Mungkin disebabkan perasaan marah apabila mendengar tangisan ataupun tertekan dengan keadaan di rumah telah menyebabkan kedua-dua pasangan ini dicekup oleh pihak polis.








                                                            Hasil Nukilan : Nur Eka Elyana Binti Junaide 207636
 
Copyright © SOSIAL (JENAYAH)