Faktor-faktor Penderaan Kanak-kanak

Salah satu punca yang menyebabkan kes-kes penderaan kanak-kanak berlaku disebabkan oleh pengurusan emosi yang tidak stabil. Mereka mendera anak-anak mereka demi melepaskan tekanan yang dihadapi semasa di tempat kerja. Seseorang akan melakukan apa sahaja apabila emosinya tidak dapat dikawal, hal ini turut mengakibatkan kes-kes penderaan khususnya terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Seterusnya, punca yang mengakibatkan kes-kes penderaan ialah masalah kewnagan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga. Masalah kewangan yang sering menimbulkan masalah dan melanda sesebuah keluarga menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak mereka.

                                                                      


                                                             Ditulis Oleh : Yip Wing Hong 206250




Isu ibu bapa yang terlibat dalam kes penagihan dadah turut mengundang berlakunya penderaan kanak-kanak. Sikap tidak bertimbang rasa dan tidak berperikemanusiaan telah mengajar mereka untuk bertindak lebih agresif disebabkan oleh pengambilan dadah yang melampau. selain itu, tiadanya pendekatan agama juga mendorong berlakunya penderaan kanak-kanak. Iman yang lemah dan goyah serta kurang perasaan kasih sayang terhadap anak-anak menyebabkan berlakunya perkara seperti ini. Contohnya kekurangan ilmu pengetahuan agama dan ilmu dari aspek-aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek tidak diterapkan dalam diri ibu bapa.


Ditulis Oleh : Lee Li Win 206405
 
 
Copyright © SOSIAL (JENAYAH)