Contoh Kes-kes Penderaan Kanak-kanak


Budak mati ada 60 kesan dera
Oleh Norhashimah Mohd Radzali dan Nor Fariza Ramlan
bhnews@bharian.com.my
2010/04/16

PASANGAN yang disyaki mendera anak hingga mati dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
Ibu, bapa tiri direman enam hari didapati positif ambil syabu

SERI KEMBANGAN: Polis mengesahkan ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak, Jasmine Lee Swee Hui, tiga tahun yang mati didera di Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang di sini, kelmarin, positif dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata pasangan suami isteri itu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes penderaan Lee bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah.

“Mereka masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki mendera anak perempuan sehingga mati di rumah sewa mereka.

“Keputusan bedah siasat dikeluarkan Hospital Serdang pagi tadi (semalam) mendapati mangsa mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, semalam.

Selain itu, bedah siasat juga menunjukkan ada 60 kesan cedera baru dan lama pada tubuh mangsa.

“Doktor turut mengesahkan mangsa tidak mempunyai apa-apa kecederaan dalaman yang teruk melainkan jangkitan pada paru-paru,” katanya. Difahamkan mangsa selama ini tinggal bersama keluarga angkatnya, dan diambil oleh pasangan itu kira-kira sebulan lalu.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam mengeluarkan perintah reman enam hari terhadap pasangan suami isteri terbabit bagi membantu siasatan kematian Jasmine.

Zainal berkata, siasatan awal turut mendapati, mangsa dipukul menggunakan objek tumpul ataupun rotan.
Difahamkan mangsa selama ini tinggal bersama keluarga angkatnya, dan diambil oleh pasangan itu kira-kira sebulan lalu.

Akhbar ini kelmarin melaporkan Jasmine mati disyaki didera bapa tirinya berusia 27 tahun berikutan penemuan lebih 30 kesan lebam dan cedera pada badan dan kepalanya.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam mengeluarkan perintah reman enam hari terhadap pasangan suami isteri terbabit bagi membantu siasatan kematian Jasmine.

Majistret Ho Kwong Chin membenarkan penganggur berusia 27 tahun itu dan isterinya, 24, direman sehingga 20 April ini.

Kes dera ini adalah yang ketiga membabitkan kanak-kanak mati dalam dua bulan lalu di Selangor.

Pada 25 Februari lalu, Syafia Humairah Sahari, juga tiga tahun, meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya, Mohd Fazli Azri Jamil, 28, di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.

Seminggu selepas itu, K Haresvarren, 18 bulan, meninggal dunia juga akibat didera dipercayai oleh suami pengasuhnya, M Rajamorgan, 33, di Kayu Ara, Damansara dekat sini
http://a.admaxserver.com/servlet/ajrotator/419891/0/vc?z=admaxasia2&dim=280658&pid=2abfe6d1-c3ba-4b0a-b8ac-d438f6a7599c&asid=c36a2235-7eb1-4b70-8fb1-f680d30ffae6&abr=$imginiframe



Kanak-kanak didera bapa tiri meninggal
Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my
2010/04/15
Jasmine
SERI KEMBANGAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati disyaki didera bapa tirinya dengan lebih 30 kesan lebam dan cedera ditemui di badan serta kepala mangsa.

Lee Swee Hui, dari Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang di sini, dipercayai didera lelaki berusia 27 tahun itu selepas tidak tahan dengan kerenah mangsa yang dikatakan suka menjerit dan menangis serta agresif, termasuk melompat dari meja makan atau kerusi apabila ditegur.

Lee atau panggilan manjanya, Jasmine, dibawa ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan di sini pada jam 7.45 pagi semalam oleh bapa tirinya itu yang juga seorang penganggur, tetapi disahkan sudah meninggal dunia dua jam sebelum itu.

Timbalan Ketua Polis, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin, berkata kanak-kanak itu dipercayai didera seminggu lalu berdasarkan kesan lebam pada badannya.

Bagaimanapun, katanya, siasatan awal mendapati tiada kesan penderaan seksual ke atas kanak-kanak itu.

Pada sidang akhbarnya semalam, beliau berkata, lelaki itu ditahan di klinik berkenaan sebaik menerima laporan mengenai kes berkenaan, manakala isterinya berusia 24 tahun diberkas pada jam 12.45 tengah hari di pangsapuri yang disewa pasangan terbabit sejak setahun lalu.

“Kanak-kanak itu tinggal bersama pasangan berkenaan di rumah sewa itu selepas dia dijaga selama dua tahun oleh seorang pengasuh.
“Pasangan itu turut dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga bulan dan kini dijaga adik wanita itu,” katanya.

Khaw berkata, mayat Lee dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes itu adalah yang ketiga membabitkan kanak-kanak mati didera dalam dua bulan lalu. Pada 25 Februari lalu, Syafia Humairah Sahari, juga tiga tahun, meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.

Seminggu selepas itu, K Haresvarren, 18 bulan, meninggal dunia juga akibat didera dipercayai oleh suami pengasuhnya di Kayu Ara, Damansara dekat sini.

Sementara itu, seorang penghuni pangsapuri itu, Samsul Madi, 30, berkata beliau sering mendengar kanak-kanak menangis pada waktu malam dan awal pagi, tetapi tidak pasti dari rumah mana.

"Boleh dikatakan setiap hari saya dengar kanak-kanak menangis dan suara perempuan marah-marah," katanya.

Seorang jiran yang enggan namanya disiarkan pula berkata setiap kali melalui hadapan rumah pasangan itu, beliau sering mendengar suara kanak-kanak menangis.

“Saya tidak kenal Lee, tetapi setiap kali melintas di hadapan rumahnya untuk ke kedai, saya sering dengar tangisan kuat sampai teresak-esak, tapi saya tidak syak apa-apa, biasalah budak menangis,” katanya.

 
Copyright © SOSIAL (JENAYAH)