Hak Kanak-kanak



Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur 18 tahun. Kanak-kanak ini perlu diberi perlindungan oleh orang-orang yang lebih tua daripada mereka seperti ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Perlindungan yang dimaksudkan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 ialah kanak-kanak perlu tinggal dalam komuniti dan persekitaran aman damai disamping keluarga yang menjaga mereka dengan baik. Selain itu, kanak-kanak perlu memperoleh pendidikan yang terbaik serta mendapat makanan yang mencukupi dan berkhasiat tubuh yang sihat dan cergas. Pergaulan sihat seperti bermain dan beriadah disamping rakan-rakan sebaya juga amat digalakkan.



                                                                   Ditulis Oleh : Norfarah Dalila Binti Shafiee 206411
 
Copyright © SOSIAL (JENAYAH)