Impak Penderaan Kanak-kanak


Penderaan kanak-kanak akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan mental khususnya kepada mangsa itu sendiri. Adakah kita ingin perkara ini terjadi kepada keluarga kita? Tepuk dada tanya iman. Seperti yang kita tahu, isu seumpama ini hanya akan membuatkan kanak-kanak tersebut trauma dan berasa diri tidak disayangi. Kesannya kanak-kanak akan menunjukkan satu perubahan drastik seperti murung, suka menyendiri, atau menjadi lebih pasif. Bukan itu sahaja, ini secara tidak langsung akan membuatkan prestasi pembelajaran mereka merosot. Keadaan ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar menjadi malas dan malu ke sekolah disebabkan kecederaan yang mereka alami sama ada penderaan itu dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri ataupun pembantu rumah.











                                                                                Disediakan oleh : Ho Wan Yan  206354
 
Copyright © SOSIAL (JENAYAH)