Eksploitasi - mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri (disuruh mengemis )
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur 18 tahun. Kanak-kanak ini perlu diberi perlindungan oleh orang-orang yang lebih tua daripada mereka seperti ibu bapa,keluarga dan masyarakat. Perlindungan yang dimaksudkan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 ialah kanak-kanak perlu tinggal dalam komuniti dan persekitaran aman damai disamping keluarga yang menjaga mereka dengan baik. Selain itu, kanak-kanak perlu memperoleh pendidikan yang terbaik serta mendapat makanan yang mencukupi dan berkhasiat tubuh yang dan cergas. Pergaulan sihat seperti bermain dan beriadah disamping rakan-rakan sebaya juga amat digalakkan.
Salah satu punca yang menyebabkan kes-kes penderaan kanak-kanak berlaku disebabkan oleh pengurusan emosi yang tidak stabil. Mereka mendera anak-anak mereka demi melepaskan tekanan yang dihadapi semasa di tempat kerja. Seseorang akan melakukan apa sahaja apabila emosi tidak dapat dikawal, hal ini turut mengakibatkan kes-kes penderaan khususnya terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Seterusnya, punca yang mengakibatkan kes-kes penderaan ialah masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga. Masalah kewangan yang sering menimbulkan masalah dan melanda sesebuah keluarga menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak mereka.
Isu ibu bapa yang terlibat dalam kes penagihan dadah turut mengundang berlakunya penderaan kanak-kanak. Sikap tidak bertimbang rasa dan tidak berperikemanusiaan telah mengajar mereka untuk bertindak lebih agresif disebabkan oleh pengambilan dadah yang melampau. Selain itu, tiadanya pendekatan agama juga mendorong berlakunya penderaan kanak-kanak .Iman yang lemah dan goyah serta kurang perasaan kasih sayang terhadap anak-anak menyebabkan berlakunya perkara seperti ini. Contohnya kekurangan ilmu pengetahuan agama dan ilmu dari aspek-aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek tidak diterapkan dalam diri ibu bapa.
"Perbuatan Kejam Mengundang Bahana" 31 Julai 2010
Bayi yang baru berusia sembilan bulan juga didera? Menggapakah masih ada manusia yang tergamak dan tiada perasaan belas kasihan kepada bayi belum mengenal dunia. Tertuduh iaitu Mohd Azlan Ali,25,berasal dari Parit Jawa,Pontian Johor dan bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat perunding kesihatan telah disabitkan bersalah kerana mendera Nur Ain Natasyah Shafiqah Abdullah di rumah No.14,Jalan M44,Taman Merdeka jam 8.30 malam,Ahad yang lalu. Tindakan kejam ini menyebaabkan anggota-anggota fizikal mangsa cedera. Ironinya,tertuduh dikenakan denda sebanyak RM1000 atau hukuman penjara 18 bulan jika tidak dapat untuk membayar.
"Anak Tiri yang Tidak Berdosa"
Isu kanak-kanak didera lagi? Sering kali isu ini menjadi tatapan orang ramai dan berlegar-legar di ruang media massa. Kita dikejutkan lagi dengan berita seorang kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun mati didera. Siapa yang menderanya? Ternyata peranan sebagai bapa tiri boleh dipertikaikan apabila Lee Swee Hui atau nama manjanya Jasmine meninggal dunia akibat didera dan dipercayai didera seminggu lagi. Tidak dinafikan,pekerjaan bapa tirinya yang merupakan seorang penganggur telah mendorongnya melakukan perbuatan ini. Mungkin disebabkan perasaan marah apabila mendengar tangisan ataupun tertekan dengan keadaan di rumah telah menyebabkan kedua-dua pasangan ini dicekup oleh pihak polis.
NEGERI
2002
2003
2004
2005
2006
2007
PERLIS
21
16
26
30
44
27
KEDAH
39
63
26
66
102
54
P/PINANG
130
131
154
131
184
216
PERAK
80
131
145
172
147
185
SELANGOR
412
368
474
446
498
816
K/LUMPUR
269
153
287
415
435
444
N/SEMBILAN
40
55
67
124
147
171
MELAKA
24
65
64
26
31
55
JOHOR
115
156
126
115
91
163
PAHANG
27
8
38
56
91
46
TERENGGANU
20
17
33
16
41
23
KELANTAN
11
31
51
14
8
19
SABAH
17
19
21
0
0
19
SARAWAK
36
176
144
189
180
41
LABUAN
1
1
0
0
0
0
JUMLAH
1,242
1,390
1,656
1,800
1,999
2,279
SUMBER : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2008
JENIS-JENIS KES PENDERAAN KANAK-KANAK
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
Terdampar
70
121
98
26
68
53
63
Diabaikan
303
357
389
563
601
682
761
Fizikal
287
354
410
459
431
495
586
Seksual
251
324
430
529
566
670
754
Emosi
56
32
32
52
77
50
45
Lain-lain
69
54
31
27
57
49
70
JUMLAH
1,036
1,242
1,390
1,656
1,800
1,999
2,279
SUMBER: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2008
Implikasi penderaan kanak-kanak umumnya dapat dilihat dengan jelas melalui kecederaan pada anggota fizikal mereka. Luka di kepala, badan dan muka akan memberi kesan yang tidak baik khususnya terhadap masa depan mereka apabila meningkat dewasa kelak. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang berlakunya kecacatan fizikal sama ada serius atau tidak. Contohnya anak kepada pengerusi MIC S Karrigalan, 42 telah meninggal dunia akibat didera oleh jirannya pada 3 mac lalu. Selain itu, kerencatan otak juga boleh berlaku akibat hentakan di kepala oleh benda-benda keras.
Penderaan kanak-kanak akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan mental khususnya kepada mangsa itu sendiri. Adakah kita ingin perkara ini terjadi kepada keluarga kita? Tepuk dada tanya iman. Seperti yang kita tahu, isu seumpama ini hanya akan membuatkan kanak-kanak tersebut trauma dan berasa diri tidak disayangi. Kesannya kanak-kanak akan menunjukkan satu perubahan drastik seperti murung, suka menyendiri, atau menjadi lebih pasif.Bukan itu sahaja, ini secara tidak langsung akan membuatkan prestasi pembelajaran mereka merosot. Keadaan ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar menjadi malas dan malu ke sekolah disebabkan kecederaan yang mereka alami sama ada penderaan itu dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri ataupun pembantu rumah.
Antara langkah untuk mengatasi masalah ini ialah peranan kerajaan. Pihak kerajaan haruslah mengenakan tindakan undang-undang kepada ibu bapa yang mendera anak-anaknya. Hukuman yang akan dikenakan mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Selain itu, peranan media massa juga penting bagi mengatasi masalah ini. Media massa seperti televisyen boleh mengiklankan kesan-kesan penderaan kanak-kanak kepada masyarakat supaya dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat di sekeliling.
Tuntasnya, isu penderaan kanak-kanak yang acap kali mengambil tempat di ruang media massa harus dibanteras dengan segera. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan isu terus menular dan bagi menjaga nama baik kita di seantara dunia Adakah kita rela dilabelkan sebagai negara yang penuh dengan kes penderaan? Tepuk dada tanya selera. Oleh itu, peranan semua pihak sam ada secara langsung atau tidak langsung amat diperlukan untuk memastikan isu ini tidak menjadi perhatian masyarakat dan bertujuan untuk mencapai matlamat ke arah wawasan 2020.